Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Free Tail- Heart 1 Cursors at www.totallyfreecursors.com
Jumaat, 22 November 2013

DIET ATKINS (MAKANAN BERMINYAK)

EMM sebut pasal makanan bergoreng mesti ade minyak kan ape kte wat diet atkins ni tanpa minyak sbb pe mesti korang nk diet nk trun berat cpt. .diet atkins mang xlrg mkn benda yg berminyak tp bg aq nk turun brt cpt baik skip minyak2 ni. . .try masak care rebus , kukus o panggang. .bg aq setiap individu lain tubuh bdn die len2 bake. . .ade org yg mkn minyak brt die trun cm biase tp ade yg mkn brt die statik o lngsung xtrun sbb tu mase diet aq strict skit mang lngsung xmkn yg goreng2 ni. .tkot tggi kolestrol. .aq cadangkan sape nk cpt trun brt elok skip mknan berminyak ni. . .CER BACE NI!!!!!


 Makanan goreng memang sedap jika dihidangkan pada waktu minum petang tetapi anda harus akan penyakit yang menunggu sekiranya anda gemar memakan makanan yang bergoreng ini.

Disebabkan rasanya yang lebih lazat, memang sukar bagi hampir daripada kita semua untuk meninggalkan tabiat memakan makanan goreng dalam jumlah kandungan yang banyak. Demi menjaga kesihatan diri sendiri untuk jangka masa yang lebih baik, adalah lebih elok sekiranya anda mengambil langkah-langkah mencegah sebelum datangnya kesan buruk pada masa akan datang. 

Selalunya jika anda memakan makanan yang bergoreng, anda akan lebih cenderung merasai sakit perut dan berasa tidak sedap badan. 

Senarai masalah yang dihidapi pemakan tegar makanan bergoreng dan berminyak adalah seperti yang di bawah: 

Heartburn
Sakit ulu hati seperti berasa terbakar seringkali terjadi sewaktu anda berada di dalam posisi baring ataupun membongkok. Masalah ini disebabkan oleh pergerakan asam lambung ke dalam esofagus (saluran makanan yang mengalirkan makanan dari mulut ke perut). Untuk mengurangkan rasa tersebut, hindari makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus. 

Gastroenteritis
Peradangan pada lapisan lambung akibat terlalu banyak memakan makanan berminyak dapat membawa kepada sakit gastroenteritis. Ianya disebabkan perut anda berisi dengan gas dan makanan yang dihadamkan mempunyai masalah kerana minyak yang terlampau banyak di dalam perut. Anda akan cenderung berasa lebih kenyang disebabkan gas yang terkumpul di dalam perut. 

Ulser
Ulcer merupakan luka yang terjadi di sekitar bahagian dalam mulut atau usus yang menyebabkan rasa sakit pada sistem pencernaan. Penyakit ini disebabkan kuman yang dipanggil Pilori. 

Gangguan pencernaan
Rasa tidak selesa di perut merupakan gejala dari adanya gangguan pencernaan. Walaupun gangguan perut ini bukan masalah kesihatan yang sangat serius, tetapi masalah inilah yang seringkali terjadi kepada pesakit. Gangguan pencernaan terjadi kerana makanan berlemak yang sangat sukar dihadam dan berat pada perut. Jika anda mengunyah makanan dengan baik, maka makanan akan lebih mudah dicerna, lantas mengurangkan masalah perut tidak selesa.

0 ulasan:

Catat Ulasan