Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Free Tail- Heart 1 Cursors at www.totallyfreecursors.com
Jumaat, 22 November 2013

JUMLAH KARBOHIDRAT MAKANAN (INFO PADA YANG DIET ATKINS TU)

NI DIE JUMLAH CARB MAKANAN . .



TAUHU
1 keping tauhu - 2.16g
1 keping tofu goreng - 1.36g
1 tofu lembut - 1.5g

SUSU DAN GULA
Susu skim - 11.4g
Susu rendah lemak skim - 11.9g
susu cair - 25.3g
susu pekat - 166g
santan kelapa (1 tin) - 6.3g
1 sudu kecil gula - 4.2g
1 sudu besar gula - 12.6g
1 sudu kecil gula perang - 4.48g
Sugar powder (1 sachet kecil) - 2.49g
Pemanis tiruan (1 sachet)
- Equal 0.89g
- splenda 0.9g
- Saccharin 0.89g
- Fructose sweetener 3.0g

SOS
sos tiram  1 sudu besar - 1.97g
sos cili 1 sudu besar - 5g
sos tomato 1/2 cawan - 8g
sos pizza 1/2 cawan - 8g
kicap soya biasa 1 sudu besar - 1.4g

SAYUR & BUAH rendah carbs
salad iceberg / coral 1 cawan - 0.2g
alfalfa / taugeh  1 cawan - 0.4g
timun batang 1/2 cawan - 1g
1 batang seleri - 0.8g
cendawan 1/2 cawan - 2.4g
brokoli 1/2 cawan - 1g
bunga kobis 1/2 cawan - 2g
kobis 1/2 cawan - 2g
bayam 1/2 cawan - 0.4g
tomato 1 biji saiz sederhana - 5g
honeydew 1/2 cawan - 7.3g
tembikai 1/2 cawan - 5.5g
strawberry 1/2 cawan - 5.2g
pic - 5g
oren - 5g
betik 1/2 cawan - 6.5g

KACANG
peanuts 10 biji - 2.75g
peanuts 1/4 cawan - 5.89g
almond 1/4 cawan - 6g
cashew nut 1/4 cawan - 9g
walnut 1/4 cawan - 4g
Pistachio 1/4 cawan - 8.2g
Mix nut 1/4 cawan - 7.66g

CHEESE
Cheddar cheese 1 keping - 0.36g
mozarella - 0.62g
parmesan - 0.91g

DAGING
Daging lembu - 0g
Daging ayam / ayam belanda - 0g
Daging kambing - 0g
Daging arnab - 0g
Sebarang jenis ikan - 0g
Sebarang kari (semua jenis daging) tanpa kuah satu hidangan : 4g

TELUR (1 biji gred A+ @ 2 biji gred C)
Omelet (telur dadar) kosong 1 biji gred A+ - 0.45g
Omelet atau scrambled(telur hancur) dgn keju ceddar - 2.23g
Omelet @ scrambled dengan sayuran - 2.38g
Omelet @ scrambled dengan sosej - 2.4g
Omelet @ scrambled dengan ayam / daging / udang - 1.11g
Omelet dengan ayam / daging / udang dan sedikit cheese - 1.98g
Omelet @ scrambled dengan cili, keju, tomato dan kacang peas - 3.75g
Omelet @ scrambled dengan cendawan - 2.05g

SEAFOOD
Udang biasa seekor saiz xl- 0.1g
Lobster 1 ekor- 1.5g
Ketam 1 cawan - 0g
Sotong biasa 1 ekor - 1.65g
Tiram 1/2 cawan - 8.9g
Ikan - 0g



Semasa 2 Minggu Induction Ini janganlah dimakan
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. (NI AQ KURANG MAKAN JGK KDG2 JE AQ MASAK SUP JER)

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...(YG NI FEBRET AQ MANG SUKE IKAN AQ SELALU WAT SUP @ KUKUS)

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. ( KURANG MAKAN IF MAKAN AQ WAT SUP JER)

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.( UDANG SOTONG SUME AQ SKIP TKOT TERCHEAT SBB ADE CARB  NNTI TERMKN BYK DAH CHEAT XTERSENGAJE PLAK)

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..( NI AQ KERAP MAKAN SAYUR BAYAM LEH TAMBAH DARAH N TENAGE)

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..( AQ XMAKAN SBB KURANG MINAT) 

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu (NO PROSES FOOD DALAM ATKINS AQ)

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.( YG NI AQ XAMBIK PON MCM AQ ASE LEMAH JE AQ AMIK STEVIA 2BIJI MASUK DLM AIR KOSONG)

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...

AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...(PUN BETUL)

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu (YG NI BETUL AQ BYK MINUM AIR KOSONG JE)

MACAM AQ NYE MENU AQ MANG KURANGKN PENGAMBILAN MINYAK N PROSES FOOD NI SBB TU BERAT TURUN DGN CPAT. . 


REMIND!!!!!!!!

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm. (AQ MANG MAKAN 3X SEHARI MASE MALAM AQ MAKAN DALAM KOL 7MLM)

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol. (AQ XSENTUH PON KICAP, MAYO, SOS NI TKOT TERCHEAT)

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan diatas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.( MASE NI ALHAMDULILLAH AQ XKENA PON SEMBELIT SBB AQ SKIP TEH)

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu. (AQ GALAKKAN KUKUS REBUS N PANGGANG JE)

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. (XGUNA LANGSUNG)

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener. ( NI AQ XAMIK PON MCM BADN AQ LEMAH JE AQ AMIK STEVIA 2BIJI MASUK DALAM AIR KOSONG)

SO KORANG PANDAI2 LA KIRE CARB YG KORANG AMIK YE LAIN ORG LAIN HORMON DIE. . .



10 ulasan:

  1. Thanks for sharing . doakan i berjaya :)

    BalasPadam
  2. Sesuai tak diet ne tuk org yg kokesterol tinggi..tq

    BalasPadam
  3. Saya diet nie tak selera nak makan langsung kadang Satu hari tu makan ikan goreng 2 ekor je... Air je nak... Kenapa mcm tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab x karbo tinggi sprt nsi dan adk beradiknya serta x gula . Tu yg mmnbuat takda selera mkn.. 2 jenis tu ,karbo dan gula yg meninggikn nafsu mkn ..

      Padam
  4. 20 gram aje ke, nangis nak hadkan, 8 slice timun saja dah 30 ram carbo. huhuhu..sayur apa yang rendah carbo, murah dan saddap di makan?

    mohon di ajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling baik ambil sayur hijau. Lbh hijau lbh baik. Yg jenis daun.

      Padam
  5. Sy diet atkins ni . Ada mkn kacang dan buah durian.. sudah 1 minggu dah buat diet ni. Sy juga ada minum nescafe tanpa gula..tetapi yg paling best walaupun ada mkn2 benda yg dilarang dlm fasa 1, namun berat sy tetap turun sebanyak 3 kilo lbh.. sukar dipercayai... yg penting sy minum air lbh dr 4 liter sehari smpai waktu sblm masuk tdr...

    BalasPadam
  6. APA the sesuai diambil bila tercheat sikit2?

    BalasPadam
  7. Nasi lemak brpe ye karbohidrat dy ?

    BalasPadam